Kesah Imam Hambali.


Imam Hambali Tidak Mahu Menerima Pemberian Orang Lain

Pada suatu hari Imam Hambali sedang dalam perjalanan jauh bersama-sama teman-temanya. kerana jauhnya perjalanannya, mereka kehabisan bekalan dan perbelanjaan. Untuk mendapatkan sesuatu, Imam Hambali dan teman-temannya singgah di rumah seorang yang bernama Hamdan bin Sinan Al-Wasity yang kebetulan orang berada.

Rombongan itu menceritakan keadaan mereka kepada Hamdan bahawa mereka dalam musafir yang kehabisan bekalan. Hamdan simpati ke atas mereka dan memberikan bantuan kepada semua teman-teman Imam Hambali. Mereka menerima pemberian itu, kecuali Imam Hambali sahaja yang tidak mahu menerima bahkan beliau mengeluarkan sehelai bajunya dan berkata: "Siapa yang mahu menjualkan baju ini, akan kuberi hadiah."

Hamdan mengeluarkan seuncang wang dan menyerahkannya kepada Imam Hambali, namun Imam Hambali menolak dan tetap ingin menjual baju yang dibuat dari bulu itu. Isteri Hamdan berkata: "Dia adalah seorang yang soleh dan tidak suka menerima pemberian sedikit pun."

Kini Hamdan ada cara lain iaitu mengambil baju kurung Imam Hambali untuk membelinya. Diapun membayar dengan harga yang tinggi dengan harapan Imam Hambali mahu menerima wang penjualan itu. Sayang setelah Imam Hambali mengetahui bahawa wang sebanyak itu tidak patut untuk harga sehelai baju kasar, beliau pun mengambil baju itu semula dan terus pergi meninggalkan rumah Hamdan tanpa mengambil apa-apa.

Comments

Popular Posts